hanya Allah yang tau..
kadangkala aku harus melakukan pengorbanan...pengorbanan untuk sekali lagi...walaupun pernah merasai sebelum ini...mungkin Allah ingin mengujiku lagi..
menguji sekuat mana ketabahan ku dalam menjalani dugaan yang datang..melepaskan orang yang aku sayang....bukan sesuatu yang mudah..bukan sesuatu yang boleh sekelip mata hilang dalam ingatan...yang boleh terus dilupakan...
kadangkala mengambil masa bertahun-tahun...untuk memulihkan perasaan sedia kala...tipu jika aku katakan aku tidak ada rasa rindu..tipu jika aku katakan aku sudah lupakanmu...tipu jika aku katakan aku tidak memerlukanmu...tipu jika aku katakan aku tidak menangis...tipu jika aku katakan hati ku gembira bila dirimu tiada...tipu jika aku katakan aku baik-baik saja...aku rindu kamu...aku sentiasa ingatkan kamu...aku perlukan kamu...aku gembira bersama kamu..tapi aku tidak mungkin bersama kamu...aku tidak boleh membiarkan diri ku menyayangi kamu...aku tidak boleh membiarkan diriku menyintai kamu....walaupun terasa amat menyakitkan..terasa amat berat sangat...aku terpaksa melepaskanmu..melepaskanmu pada orang yang selayaknya...cinta itu sememangnya tidak dapat memiliki...aku redha..aku pasrah...walaupun Allah berikan ku dugaan sekali lagi...satu perkara yang membuatku gembira..kau telah membuatkan ku lupa pada kenangan dulu..lupa pada orang yang bernama dia...kehadiranmu membuatku rasa tidak perlu kenangan yang lalu..kerana dirimu lebih baik dari dia...lebih sempurna dari dia...
alhamdulillah Allah pertemukan kita..walaupun untuk seketika...walaupun hanya sekejap...namun aku bersyukur pada Allah kerana pertemukan kita...ia telah banyak mengajarku...aku tidak pernah memilih kerana rupa...aku tidak pernah memilih kerana harta...aku juga tidak pernah memilih kerana pangkat...hanya ku pilih adalah sifat dan agama...terima kasih kerana hadir dalam hidupku..aku tidak pernah menyesal mengenalimu...aku tidak pernah merungut mendekatimu..terima kasih kerana menemani hari gelapku..terima kasih kerana melayan jiwa ku..terima kasih kerana mendengar rintihanku...terima kasih kerana berkongsi kekecewaan ku...terima kasih kerana menegur kesalahan ku..terima kasih untuk segalanya...moga dirimu bahagia disamping insan tersayang...
aku sentiasa doakan dirimu...kita bertemu sebagai sahabat..berakhir pun sebagai sahabat...semoga dirimu dirahmati Allah SWT